“Miang Buluh Keladi Birah” gondol empat anugerah

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
Sumber: www.utusan.com.my

AZIZ Satar dan Allahyarham S.Shamsudin yang diwakilkan oleh Seniwati Zaiton Abdul Hamid meraih Anugerah Khas Pelakon Seni Melayu di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

AZIZ Satar dan Allahyarham S.Shamsudin yang diwakilkan oleh Seniwati Zaiton Abdul Hamid meraih Anugerah Khas Pelakon Seni Melayu di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Jun, 2013: Telefilem “Miang Buluh Keladi Birah” menggondol empat daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Tribute P. Ramlee yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya di sini malam ini.

Telefilem itu mengungguli acara tersebut menerusi Telefilem Terbaik; Pengarah Terbaik (Bade Azmi); Skrip Terbaik (Marjan Hananie) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hanis Kamal Bakar).

Bagi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik, kedua-duanya dimenangi oleh pelakon Selagi Cinta Berzikir arahan Eirma Fartima iaitu Beto Kusyairy dan Sharifah Amani.

Telefilem Di Mana Ku Cari Ganti arahan Osman Ali turut memenangi dua anugerah iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Videografi Terbaik masing-masing menerusi Mislina Mustafa dan Bob Fitri.

Datuk Ahmad Tamimi Siregar pula dipilih memenangi Anugerah Penampilan Istimewa Terbaik menerusi telefilem Titisan Kasih arahan Rashid Sibir.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang trofi serta wang tunai RM5,000.

Anugerah Tribute P. Ramlee

Pertandingan telefilem khas Tribute P. Ramlee tersebut yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. bertujuan memperingati perjuangan Seniman Agung P. Ramlee yang pernah mengharumkan industri tanah air.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu dua pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar dan Allahyarham S. Shamsudin diumum sebagai penerima Anugerah Khas Pelakon Seni Melayu. – UTUSAN

Lagi gambar Seniwati Zaiton:

91c2e7cf-a781

AZIZ Satar dan Zaiton mewakili S, Shamsudin terima trofi. Gambar dari: farizasaidin.blogspot.com

935204_58711151

nugerah Khas Tokoh Lakon Melayu – Seniman Datuk Aziz Satar & Allahyarham S. Samsudin (diwakilkan oleh diwakilkan oleh Seniwati Zaiton Abdul Hamid) bersama Datuk Mustapha Maarof (kanan sekali). Gambar dari: tv1/tv1-dalam-media

Datuk Aziz Satar Zaiton

Seniman Datuk Aziz Sattar (lima, kiri) serta Allahyarham S. Shamsuddin menerima Anugerah Tokoh Lakon Melayu pada Majlis Anugerah Tribute P.Ramlee Malam Penentuan 10 Telefilem Hebat di Panggung Sari Istana Budaya pada malam Jumaat. Gambar dari: www.mstar.com.my

 

Advertisements

Seniwati Zaiton in “Batu Belah Batu Bertangkup” (1959)

batu-belah-batu-bertangkup-1959 “Batu Belah Batu Bertangkup” (1959) mengisahkan Si Tanjung yang mempunyai sepasang anak, Si Melur dan adiknya Si Pekan.Kerana kempunan telur ikan tembakul, Si Tanjung mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu Belah Batu Bertangkup walaupun dirayu belas kasihan oleh Si Melur.

Setelah kematian ibu mereka, Si Melur dan Si Pekan merantau berpandukan mimpi Si Melur, sehingga mereka sampai ke sebuah rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan tersebut memelihara mereka hingga dewasa.

Pelakon lain: Aziz Jaafar, Neng Yatimah, Salleh Kamil, S. Kadarisman, Haji Mahadi, Rahmah Rahmat, Bat Latiff dan Hasnah Hassan.

Video

Video oleh: njendra

.