Zaiton, Zaini rindu keakraban rakan

30/11/2013
Sumber: www.utusan.com.my

SEMENJAK Studio Jalan Ampas ditutup sepenuhnya pada 1967, Seniwati Zaiton Abdullah yang cukup dikenali menerusi gandingan mantapnya bersama S. Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok tidak pernah sekali pun kembali menjejakkan kaki ke situ.

Justeru, tidak hairanlah apabila penulis menemubualnya betul-betul di bilik beliau diuji bakat oleh P. Ramlee, Jamil Sulong, Phani Majumdar dan HM Rohaizad ketika mula-mula mahu menceburi bidang lakonan pada 1954, emosinya sedikit terganggu.

Dalam menahan sendu, Zaiton mengakui betapa beliau amat merindui suasana di studio itu yang mana kesemuanya adalah kawan tanpa ada sebarang permusuhan.

“Hubungan antara kami amat rapat. Daripada pelakon, jurukamera, ‘wireman’, pengawal sehinggalah peniaga kedai kopi di depan studio, semuanya saling mengenali.

“Bagai tiada rintangan antara kami. Saya selalu menumpang motor ‘wireman’ untuk ke kedai makan. Tiada siapa kata apa-apa pun kerana semuanya bagaikan keluarga,” katanya.

Beliau menambah, keadaan studio itu dahulunya amat cantik sehingga membangkitkan semangat bekerja dalam kalangan warganya.

“Tetapi sekarang saya sedih melihatnya. Amat jauh berbeza sehingga saya bertanyakan kepada Zaini Sattar (adik Aziz Sattar) sewaktu hampir tiba tadi, sama ada betul ini Studio Jalan Ampas?” ujarnya.

Zaini yang awalnya berdiam, turut mengiyakan kata-kata Zaiton.

“Buktinya, satu malam saya membeli nasi bungkus berlaukkan sekeping daging dari kedai Wak Mustarjo (Pendekar Mustar). Apabila baru hendak menyuap makanan, datang Nordin Ahmad ke rumah dan saya mengajaknya makan.

“Nordin tidak menolak. Apabila beliau duduk saja, tiba-tiba A. Rahim pula datang. Lalu saya ajak pula Rahim makan sekali dan Rahim juga mengaku yang beliau sedang lapar.

“Kami kongsi bertiga nasi yang sebungkus itu. Nampak sedikit tetapi akhirnya ketiga-tiganya rasa kenyang. Mungkin disebabkan keakraban, keikhlasan dan seronok makan bersama, ketiga-tiganya mampu tidur lena malam itu,” katanya yang merupakan bekas penari di Studio Jalan Ampas.

Artikel Penuh: www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

“Miang Buluh Keladi Birah” gondol empat anugerah

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
Sumber: www.utusan.com.my

AZIZ Satar dan Allahyarham S.Shamsudin yang diwakilkan oleh Seniwati Zaiton Abdul Hamid meraih Anugerah Khas Pelakon Seni Melayu di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

AZIZ Satar dan Allahyarham S.Shamsudin yang diwakilkan oleh Seniwati Zaiton Abdul Hamid meraih Anugerah Khas Pelakon Seni Melayu di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Jun, 2013: Telefilem “Miang Buluh Keladi Birah” menggondol empat daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Tribute P. Ramlee yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya di sini malam ini.

Telefilem itu mengungguli acara tersebut menerusi Telefilem Terbaik; Pengarah Terbaik (Bade Azmi); Skrip Terbaik (Marjan Hananie) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hanis Kamal Bakar).

Bagi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik, kedua-duanya dimenangi oleh pelakon Selagi Cinta Berzikir arahan Eirma Fartima iaitu Beto Kusyairy dan Sharifah Amani.

Telefilem Di Mana Ku Cari Ganti arahan Osman Ali turut memenangi dua anugerah iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Videografi Terbaik masing-masing menerusi Mislina Mustafa dan Bob Fitri.

Datuk Ahmad Tamimi Siregar pula dipilih memenangi Anugerah Penampilan Istimewa Terbaik menerusi telefilem Titisan Kasih arahan Rashid Sibir.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang trofi serta wang tunai RM5,000.

Anugerah Tribute P. Ramlee

Pertandingan telefilem khas Tribute P. Ramlee tersebut yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. bertujuan memperingati perjuangan Seniman Agung P. Ramlee yang pernah mengharumkan industri tanah air.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu dua pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar dan Allahyarham S. Shamsudin diumum sebagai penerima Anugerah Khas Pelakon Seni Melayu. – UTUSAN

Lagi gambar Seniwati Zaiton:

91c2e7cf-a781

AZIZ Satar dan Zaiton mewakili S, Shamsudin terima trofi. Gambar dari: farizasaidin.blogspot.com

935204_58711151

nugerah Khas Tokoh Lakon Melayu – Seniman Datuk Aziz Satar & Allahyarham S. Samsudin (diwakilkan oleh diwakilkan oleh Seniwati Zaiton Abdul Hamid) bersama Datuk Mustapha Maarof (kanan sekali). Gambar dari: tv1/tv1-dalam-media

Datuk Aziz Satar Zaiton

Seniman Datuk Aziz Sattar (lima, kiri) serta Allahyarham S. Shamsuddin menerima Anugerah Tokoh Lakon Melayu pada Majlis Anugerah Tribute P.Ramlee Malam Penentuan 10 Telefilem Hebat di Panggung Sari Istana Budaya pada malam Jumaat. Gambar dari: www.mstar.com.my