Background

English and BM on this page

To me, Seniwati Zaiton was one of the most beautiful and talented actresses in her time. I have very little information on her background. However, according to my mother, when the troupe of actors from Singapore moved to Kuala Lumpur (including the late Tan Sri P. Ramlee), she didn’t join them. Probably that’s why Zaiton almost disappeared from the Malay silver screen and wasn’t as popular as Sarimah post 1970’s.

Born Zaiton Abdul Hamid in Singapore in 1938, she adopted her (first) husband’s name as her last name, Zaiton Abdullah (a relatively common habit of actors in those days). Zaiton is still residing in Singapore with her current husband Syed Abdullah.

She was still a teenager when she appeared in her first major film involvement, Hang Tuah as Tun Teja.  It was one of the most successful Malay films ever made in that era.

In 1956, she received an award for Best Supporting Actress at the 3rd Asian Film Festival in Hong Kong for the film Hang Tuah. The film also received another award, Best Score (P. Ramlee) at the same festival.

In 1963, one of her films, Ibu Mertuaku, won Best Black and Normal Photography (Abu Bakar Ali) and Most Multi-talented Artist (P.Ramlee) at the 10th Asian Film Festival. The film also received Special Mention Award at the Paris International Film Festival in 1965. In 1958, Seniwati Zaiton represented Shaw at the San Francisco Pacific Festival.

Zaiton (far left) in 1961, in San Francisco, USA

Although her list of movies or TV involvement is not as long as any other movie veterans, she had left a huge impact in the industry. Her talent and overall influence was one to be reckoned with.

If you have any other information or current news of Zaiton, please feel free to share.

———————————-

Pada saya, Seniwati Zaiton adalah salah seorang pelakon wanita Melayu yang tercantik dan berbakat dalam eranya. Maklumat mengenai latar belakang beliau yang saya ada adalah sangat sedikit. Walau bagaimana pun, menurut ibu saya, bila rombongan pelakon melayu berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur (termasuk Tan Sri P.Ramlee), beliau tidak turut serta. Mungkin sebab itulah, Zaiton hampir lenyap dari layar perak  dan tidak sepopular Sarimah pasca 1970’an.

Dilahirkan Zaiton Abdul Hamid di Singapura pada tahun 1938, beliau telah mengambil nama suaminya (yang pertama) sebagai nama akhir beliau, Zaiton Abdullah (antara tabiat biasa pelakon dulu-dulu). Zaiton masih menetap di Singapura bersama suaminya sekarang Syed Abdullah.

Beliau masih lagi belasan tahun bila beliau muncul dalam filem utama pertamanya, Hang Tuah sebagai Tun TejaFilem tersebut adalah antara filem Melayu yang paling berjaya dizamannya.

Dalam tahun 1956, beliau menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Asia Ketiga di Hong Kong bagi filem Hang Tuah. Filem tersebut juga memenangi anugerah Lagu Terbaik (P.Ramlee) di festival yang sama.

Pada tahun 1963, salah satu filem beliau, Ibu Mertuaku telah memenangi Fotografi Hitam dan Normal Terbaik (Abu Bakar Ali) dan Bakar Paling Pelbagai (P.Ramlee) di Festival Filem Asia Ke-10. Filem tersebut juga telah memenangi Anugerah Sebutan Khas di Festival Filem Antarabangsa Paris pada tahun 1965. Seniwati Zaiton juga pernah mewakili Shaw di Festival Pasifik San Francisco pada tahun 1958.

Walaupun senarai penglibatan filem atau TV Zaiton tidaklah sepanjang senarai pelakon veteran yang lain, beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam industri perfileman Melayu. Bakat dan pengaruh beliau tidak boleh dipandang kecil.

Sekiranya anda ada maklumat tambahan atau terbaru mengenai Zaiton, sila kongsi bersama di sini.