Zaiton Tidak Mahu Anak Ikut Jejaknya

Sumber: http://mynewshub.my

September 12, 2011

KUALA LUMPUR – Pelakon filem klasik Bujang Lapok tahun 1960-an, Zaiton tidak mahu anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya dalam bidang lakonan biarpun namanya terus diingati para peminat filem Melayu sehinggalah ke hari ini.

Menurut pelakon berusia 73 tahun warganegara Singapura ini, dia membabitkan diri dalam dunia lakonan kerana tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan bukannya bertujuan untuk mencari populariti murahan semata-mata.

“Saya berlakon kerana tidak sekolah tinggi dan kebetulan ketika itu adalah bidang yang boleh mendatangkan duit kepada saya. Malah, pembabitan saya dalam bidang lakonan juga tidak dirancang di mana saya tidak menyangka akan dikenali sehingga kini.

“Bagaimanapun, kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya mengikuti jejak langkah saya dalam bidang lakonan. Alhamdulillah kerana setakat ini tidak ada seorang pun anak saya yang mengikuti jejak langkah saya,” katanya sewaktu ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau yang hadir pada majlis anjuran Saloma Bistro itu berkata, biarpun sudah lebih 40 tahun tidak berlakon filem tetapi dia masih mengikuti perkembangan dunia lakonan di Malaysia termasuklah menonton filem-filem klasik Melayu yang masih ditayangkan di televisyen.

Zaiton atau Zaiton Abdul Hamid yang merupakan ibu kepada lima anak dan 21 cucu yang popular menerusi filem Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee itu menambah, dia juga terharu kerana filem itu masih diminati meskipun ia telah banyak kali diulang tayang.

“Sungguhpun saya tinggal di Singapura tetapi saya boleh mengikuti siaran televisyen dari Malaysia. Sebab itu saya selalu menonton filem-filem Melayu klasik yang terus ditayangkan. Semua itu mengingatkan saya kepada nostalgia saya sebagai pelakon dulu,” ujarnya.

Beliau yang kali terakhir berlakon dalam filem bertajuk Raja Bersiong pada penghujung tahun 1960-an menambah, jarak antara Singapura dan Malaysia sedikit pun tidak memisahkannya dengan industri perfileman Melayu yang terus berkembang di negara ini.

“Saya selalu datang ke Kuala Lumpur bercuti bersama anak-anak dan cucu-cucu saya pada musim cuti sekolah. Apatah lagi, ramai kawan-kawan seangkatan saya yang tinggal di sini seperti Datuk Aziz Sattar. Saya selalu berjumpa dengan kawan-kawan lama saya itu,” jelasnya.

.

Hakcipta mynewshub.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s