ANUGERAH BINTANG LAGENDA

Pautan berkaitan:

Zaiton: Bintang Lagenda Hadiah Juri (FFM 2009)
Meraikan sang legenda (FFM22)
Detik Manis Bintang Veteran (FFM22)
Seniwati Zaiton bersama Seniwati Latifah Omar dan Seniwati Momo Latif (2009)

08 Ogos 2009 – Oleh : Faizal Fauzi

Sumber asal di sini.

Seniwati Zaiton meneri Anugerah Bintang Lagenda Kategori Anugerah Khas Juri

Di kesempatan FFM22 nampaknya artis-artis bintang lagenda mempunyai jadual harian yang ketat tetapi menyeronokkan apabila berpeluang melawat tempat menarik di sekitar bandaraya ini pagi kelmarin.

Lokasi tumpuan mereka merupakan Pusat Kraftangan Kota Kinabalu di Jalan Tun Fuad Stephen dan sebaik tiba para pengusaha serta orang ramai di situ menjemput mesra semasa lawatan bermula jam 10.30 pagi itu.

Bintang lagenda tidak melepaskan peluang untuk membawa pulang pelbagai kraftangan dan barangan kemas seperti Mutiara dan Jed sebagai ole-ole dari Negeri di Bawah Bayu.

Pada sebelah malamnya pula telah berlangsung satu Majlis Makan Malam Dan Anugerah Bintang Lagenda FFM ke -22 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri di salah sebuah hotel terkemuka disini yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj. Ahmadshah Abdullah.

Pelbagai acara telah diadakan sempena majlis tersebut antaranya ialah sesi memperkenalkan negeri Sabah kepada semua delegasi FFM yang hadir menerusi persembahan tarian Etnik Sabah dan banyak lagi.

Dalam ucapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun beliau telah berkata usaha harus dilakukan untuk menjadikan bidang perfileman sebagai komponen atau medium penting membentuk pemikiran masa. Langkah mengenang jasa mereka yang terlibat dalam dunia perfileman melalui Anugerah Bintang Lagenda ini membuktikan bahawa pihak kerajaan Sabah sentiasa mengiktiraf sumbangan seni perfileman dan individu yang terlibat di dalam bidang tersebut.

“Kementerian ini juga sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha untuk menjadikan Negeri Sabah sebagai lokasi destinasi penggambaran filem. Keunikan budaya pelbagai etnik, keindahan flora dan fauna yang terdapat di negeri ini menjanjikan latar yang mempersonakan bagi pembikin filem. Saya juga percaya, suatu hari nanti melalui insentif dan kerjasama pelbagai agensi, Negeri Sabah juga akan menjadi pusat perfileman yang menjadikan kemudahan perkhidmatan produksi yang seterusnya akan menjana ekonomi negeri” katanya.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pula dalam ucapan beliau berkata kejujuran, kreativiti dan bakat mereka telah membolehkan industri filem tanahair mencapai tahap kejayaan yang membanggakan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa menghargai sumbangan dan menyokong usaha murni agar para seniman dan seniwati lagenda terus menjadi sumber inspirasi seluruh lapisan masyarakat terutama generasi muda” ujar beliau di dalam ucapannya.

Sebanyak lima kategori lain turut di anugerahkan kepada para bintang lagenda yang telah banyak mencipta nama dalam arena dunia perfileman lagenda yang telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Antara Anugerah yang diberikan adalah seperti Anugerah Bintang Lagenda Kategori Lelaki yang telah dimenangi oleh Seniman Tony Castello yang cukup dikenali melalui lakonan beliau bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di dalam filem Anakku Sazali. Seniman Tony Castello juga menghiburkan para hadirin dengan mainan saksafon beliau yang cukup mengasyikkan.

Bagi kategori seterusnya iaitu Anugerah Bintang Lagenda Kategori Wanita pula telah dimenangi olehSeniwati Latifah Omar yang cukup terkenal melalui lakonan beliau di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi oleh Seniwati Datin Hajah Umi Khaltum. Kelihatan bahawa Seniwati Latifah Omar didalam keadaan uzur yang mengalami masalah untuk berjalan sewaktu hendak ke pentas mengambil trofi tersebut tetapi beliau masih tetap kelihatan cantik dan berseri di dalam usianya yang telah lanjut.

Seniwati Momo Latif & Seniwati Latifah Omar menerima Anugerah Bintang Lagenda.

Manakala bagi Anugerah Bintang Lagenda Kategori Komidi telah dianugerahkan kepada Seniwati Momo Latif yang cukup terkenal dengan lawak jenaka beliau di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan juga filem Musang Berjanggut. Selain itu beliau juga terkenal sebagai seorang penyanyi pada zaman itu menerusi lagu-lagu beliau seperti Tinggal Kenangan, Gemala Hati, Berdengang Ria dan banyak lagi.

Anugerah Bintang Lagenda Kategori Belakang Tabir pula dimenangi oleh Seniman Kassim Masdor yang telah banyak menghasilkan lagu-lagu ciptaan yang cukup terkenal sehingga kini yang menjadi idaman para peminat lagu-lagu klasik.

Pelakon yang pernah membintangi beberapa buah filem bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Datuk Dr. Aziz Sattar telah diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Bintang Lagenda Kategori Versatil  yang mana beliau pernah memenangi Anugerah Pelakon Veteren pada FFM ke-11 pada tahun 1994.

Manakala Seniwati Zaiton pula diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Lagenda kategori Hadiah Juri. Antara filem-filem yang pernah beliau berlakon ialah Hang TuahIbu MertuakuAnakku Sazali,Bujang LapokDoktorLela ManjaSeniman Bujang LapokKacha Permata dan banyak lagi. Dengan kemenangan itu, Seniwati Zaiton meraih sebuah cendermata berbentuk trofi, sijil penghargaan daripada kerajaan Negeri Sabah dan sejambak bunga.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Illyas Ibrahim, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Juhar Mahiruddin dan beberapa menteri kabinet negeri Sabah.

Sahabat lama bertemu di Majlis Anugerah Bintang Lagenda (Zaiton di paling kanan)

One thought on “ANUGERAH BINTANG LAGENDA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s